PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

Friday, 8 April 2016

KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN DI MALAYSIA

Secara kesimpulannya dari bab ini, kita dapat mengenal pasti tentang :

 1. Konsep masyarakat dan budaya
 2. Ciri utama masyarakat
 3. Konsep masyarakat menurut perspektif barat dan Islam.
 3. Konsep budaya menurut perspektif barat dan Islam.
 4. Konsep bangsa, ras dan etnik
 5. Konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi.
 6. Konsep akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgasi.

 Konsep masyarakat dan budaya

  • Masyarakat merupakan satu kumpulan individu yang mempunyai hubungan dari segi keluarga, pekerjaan, tempat tinggal yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengamalkan peraturan dan tatacara tertentu sehingga terbinanya hubungan sosial.
  • Budaya merupakan satu cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir
Ciri utama masyarakat
  • Sesebuah masyarakat mempunyai identiti atau keistimewaan tersendiri bagi membezakan antara masyarakat yang lain.
  • Malah, terdapat juga dalam sesebuah masyarakat dikelasifikasikan mengikut kelas masyarakat seperti dari segi pemilikan harta, pangkat dan kedudukan. 
Konsep masyarakat menurut perspektif barat dan Islam

Barat
  • Konsep masyarakat budaya mengkut perspektif barat adalah setiap kelompok manusia yang tersebar dan memiliki kebiasaan, tradisi sikap, dan perasaan persatuan yang sama (J.L GILLIN & J.P GILLIN) manakala bagi R. Linton pula masyarakat adalah setiap kelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan berfikir tentang dirinya sebagai satu kesatuan sosial dengan batas-batas tertentu.
Islam
  • Masyarakat disebut ummah yang membawa maksud yang sangat luas tanpa dibatasi oleh suku, ras, golongan, kedudukan dan pangkat, kecuali agama. Perbezaan antara mereka tak terletak pada kemanusiaannya tetapi pada tingkat taqwa kepada Allah SWT. Masyarakat yang mengambil seluruh ajaran Islam sebgai cara hidup, sebagai sumber hukum, sebagai pegangan dalam setiap aspek kehidupan dan sebagai rujukan dalam menjalinkan hubungan individu dengan masyarakat.

 Konsep budaya menurut perspektif barat dan Islam

Barat
  • Dalam buku "Age of the Gods" kebudayaan adalah cara hidup bersama manakala dari pandangan J.P.H Dryvendak pula kebudayaan adalah kumpulan dari cetusan jiwa manusia sebagai yang beraneka ragam berlaku dalam suatu masyarakat  tertentu.
Islam
  • Al-Quran memandang kebudayaan itu sebagai satu proses dan meletakkan kebudayaan sebagai sesuatu yang hidup dan berkembang sesama manusia dan merupakan suata kesempurnaan kegiatan manusia yang meliputi kegiatan akal hati dan tubuh yang bersatu dalam suatu perbuatan.

Konsep bangsa, ras dan etnik

Bangsa

  • Suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama dan mempunyai persamaan bahasa, afama, ideologi, budaya dan sejarah.
Ras
  • Digunakan untuk melihat ciri fizikal sesebuah etnik seperti warna kulit, paras rupa dan lain- lain atau sesbuah kelompok sosaial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cir fizikal, biologi nyata.
  • Rasisme adalah satu pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok etnik terhadap kelompok sosial atau etnik yang lain yang ditunjukkan secara terbuka. Terbahagi kepada 2 bahagian : 
  1. Rasisme tahap individu iaitu kefahaman yang menganggap bahawa wujud ras yang berstatus tinggi dan rendah.
  2. Rasisme tahap institusi yang melibatkan dasar atau polisi yang bersifat diskriminasi terhadap etnik tertentu yang dirasakan berada pada kelas bawahan dan juga melibatkan struktur sosial dalam masyarakat.
Etnik
  • Kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar salah.

Konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi

Prejudis
  • Pandangan negatif mengenai kelompok etnik lain yang tidak berasakan kepada fakta atau maklumat yang tepat.
Stereotaip

  • Kenyataan umum yang negatif yang dilemparkan kepada sesuatu kumpulan etnik.
Diskriminasi 
  • Pandangan , pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik lain berasasakan perbezaan ciri etnik semata-mata.

Konsep akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgasi

Akomodasi
  • Setiap kumpulan etnik mengenali dan menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain tetapi tetap mempertahankan nilai budaya hidup masing-masing dengan hidup secraaman dan harmoni.
Akuluturasi
  • Penerimaan unsur budaya asing ke dalam suatu kumpulan etnik manusia hingga diterima dan diamalkan dalam budaya sendiri.
Asimilasi 
  • Percampuran antara budaya dalam suatu kumpulan etnik tetapi tidak melibatkan pertukaran agama. Contohnya, Baba dan Nyonya mengamalkan cara hidup melayu.

Amalgasi
  • Proses budaya dan ras  bercampur untuk membentuk satu etnik yang baru. Contohnya perkahwinan campuran.


Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti semua jenis konsep masyarakat dan budaya. Selain itu terdapat beberapa konsep kesepaduan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia yang telah diperjelaskan seperti akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgasi. Percampuran budaya dan etnik telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang majmuk kerana terdiri daripada cara hidup dan budaya yang tersendiri namun masih hidup dibawah kelompok masyarakat yang sama.







Friday, 1 April 2016

MENGAPA ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION?

PUNCA PENENTANGAN MALAYAN UNION 

Sebab-sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union


Pelaksanaan Malayan Union telah menimbulkan penentangan orang Melayu terhadap sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab penentangan ialah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut raja-raja Melayu, contohnya Sultan Badlishah dari Kedah. Sultan turut tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Orang Melayu juga menentang
kerakyatan mudah kepada kaum imigran secara jus soli. Status peribumi orang Melayu juga terjejas. Orang Melayu mempunyai kedudukan yang sama taraf dengan kaum pendatang.


i ) Sir Harold MacMichael Mengugut Sultan

Pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan pembentukan Malayan Union di Kuala Lumpur. Pengisytiharan tersebut telah mendapat bantahan daripada orang Melayu, terutamanya terhadap SirHarold MacMichael. Beliau tidak memberi masa yang secukupnya kepada raja-raja Melayu untuk berfikir dan berbincang mengenai Malayan Union. Contohnya, Sultan Perak tidak diberi masa yang
cukup untuk membincangkan Malayan Union dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Sir Harold MacMichael juga mengugut sultan untuk diturunkan takhta sekiranya baginda enggan menandatangani perjanjian Malayan Union. Ini berlaku terhadap Sultan Badlishah dari Kedah.


ii ) Isu Jus Soli

Jus soli merupakan isu yang menjadi tuntutan orang dagang terhadap kerakyatan di Tanah Melayu. Isu ini telah dibantah oleh orang Melayu. Isu tersebut ialah pemberian hak kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu. Perjuangan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Selepas perbincangan dan rundingan, raja-raja Melayu bersetuju menerima kerakyatan
jus soli. Kerakyatan jus soli diterima dengan bersyarat, iaitu orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Seterusnya suruhanjaya ini juga menyetujui agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

iii ) Kesan-kesan Pelaksanaan Malayan Union

Antara kesan daripada pelaksanaan Malayan Union ialah telah berlaku perubahan status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri jajahan. Kuasa raja-raja Melayu juga hilang walaupun mereka masih berhak membincangkan soal agama Islam, tetapi zakat fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union.

Selain itu, kedudukan orang Melayu kini setara dengan orang dagang berdasarkan kerakyatan sama rata atau jus soli. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu juga menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang. Selain itu, ekonomi dan pendidikan orang Melayu juga amat mundur dan jauh ketinggalan berbanding dengan orang dagang yang diberi perhatian oleh British. Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, orang Melayu bangun mempertahankan status quo mereka. Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun menentang Malayan Union menunjukkan wujud perpaduan kebangsaan untuk menentang Malayan Union.