PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

Friday, 15 July 2016

PROJEK SUNNAH RASULULLAH

1.0  LATAR BELAKANG PROJEK
Bagi mengimarahkan bulan Ramadhan bulan mulia ini, kami telah melakukan program ummah dengan mengedarkan makanan sunnah iaitu buah kurma kepada pelajar-pelajar dikawasan Fakulti Alam Bina UiTM Puncak Alam.
Skop kajian kami memfokuskan sekitar kawasan FSPU bagi memudahkan pemerhatian kami.
Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat mengamalkan makanan sunnah pada bulan Ramadhan.
Ramai yang mengetahui bahawa khasiat buah kurma sangat besar dan banyak namun masih tidak ramai yang mengamalkan makanan sunnah ini. Antara khasiat buah kurma ialah dapat menguatkan memori, memberikan tenaga,kaya dengan serat dan potassium, penawar racun, merawat penyakit dan dapat mengubati gangguan usus dan sembelit serta baik untuk ibu mengandung atau ketika bersalin.
Bilangan responden yang telah kami pilih ialah seramai 10 orang. Responden telah dipilih secara rawak dan bilangan responden seramai 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Peringkat umur responden kami tergolong dari 19-25 tahun. Kami telah menemui dan memberikan bungkusan buah kurma kepada 10 responden serta memberikan kepada mereka borang soal selidik untuk dijawab. Selepas menjawab borang soal selidik responden dikehendaki meninggalkan tandatangan pada papan yang telah disediakan.


2.0  PENYATAAN MASALAH
Amalan berbuka puasa dengan buah kurma kini semakin jarang dapat dilihat. Misalnya, berdasarkan pemerhatian kami di kafe Fakulti Alam Bina dan Seni Reka tiada seorang pun yang memulakan berbuka dengan memakan buah kurma. Makanan sunnah Nabi ini semakin kurang diamalkan.
Kepelbagaian juadah berbuka yang mudah didapati di bazaar atau kedai makan telah menimbulkan nafsu makan masyarakat sehingga mereka terlupa akan makanan sunnah ini.


3.0  PROSES PENYELESAIAN MASALAH
Hal ini, telah menarik perhatian kami untuk membuat program sukarelawan dengan memberikan/mengedarkan buah kurma kepada pelajar-pelajardi sekitar kawasan FSPU. Sepanjang pemerhatian kami, responden amat berpuas hati dengan pemberian kami kerana mereka dapat berbuka dengan buah kurma yang telah diagihkan.


4.0  MAKLUM BALAS RESPONDEN
Kesemua responden menerima baik aktiviti yang dilaksanakan dan memberikan jawapan balas yang positif.


IMEJ 1

Berdasarkan soalan yang diberikan dalam borang soal selidik yang mengkehendaki mereka menanda jawapan YA atau TIDAK, pada imej 1 telah menunjukkan bahawa semua responden mengenali dan mengetahui tentang sunnah Rasulullah. Semua responden telah memilih jawapan YA. Hal ini membuktikan bahawa ilmu tentang sunnah Rasulullah masih luas dan masih diketahui oleh umatnya. Kami juga menyediakan ruang untuk responden menulis 1 contoh sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah dan jawapan mereka semua membuktikan mereka mengetahui tentang sunnah Rasulullah.


IMEJ 2
Berdasarkan jawapan yang diberikan, semua responden telah memilih jawapan YA. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat mengenali dan mengetahui bahawa buah kurma merupakan makanan kesukaan Rasulullah. Kita semua telah didedahkan tentang sirah Nabi sejak kecil, walaupun tidak mengenali baginda namun kita dapat mengenali biodata dan sejarah baginda.



IMEJ 3
Seterusnya, soalan untuk melihat samada masyarakat meminati buah kurma. 9 responden yang memilih jawapan YA telah menunjukkan bahawa masih ramai yang mengamalkan makanan sunnah ini walaupun kebiasaannya hanya dimakan pada bulan Ramadhan ini. Walaubagaimanapun masih ada segelintir masyarakat yang kurang meminati makanan ini dan berkemungkinan mereka memilih makanan sunnah yang lain seperti kismis, buah tin, susu dan lain-lain.



IMEJ 4
Amalan berbuka dengan buah kurma semakin jarang diamalkan oleh masyarakat kini terutamanya dalam kalangan anak muda. Berdasarkan graf yang ditunjukkan dalam imej 4 seramai 5 daripada 10 responden memilih jawapan YA. Hal ini membuktikan masih ramai yang mengamalkan sunnah memakan buah kurma walaupun sering diamalkan pada bulan ramadhan sahaja. Manakala yang selebihnya memberikan jawapan TIDAK kerana berkemungkinan mereka mempunyai sebab yang tersendiri.




IMEJ 5
Imej 5 menunjukkan pengalaman responden terhadap program ummah seperti ini. Soalan yang ditujukan adalah adakah responden pernah mengikuti program seperti ini samada sebagai pemberi mahupun penerima? Rata-rata memberi jawapan YA yang membuktikan bahawa responden pernah terlibat dengan program seperti ini iaitu 8 orang responden. Manakala terdapat 2 responden memilih jawapan TIDAK dan berkemungkinan pertemuan kami dengan mereka ketika program ini dijalankan adalah merupakan pengalaman pertama mereka.


IMEJ 6
Imej 6 menunjukkan tahap penilaian responden terhadap program yang dijalankan. Kesemua responden memberikan kerjasamayang baik dan berpuashati apabila jawapan sangat baik dan baik adalah seimbang. Semua responden memberikan jawapan balas positif terhadap program ini.
Seterusnya, selesai menilai pencapaian aktiviti yang dijalankan, ruang komen dan cadangan telah disediakan agar respondendapat meninggalkan sebarang cadangan untuk diperbaiki. Keseluruhannya menyatakan aktiviti yang dijalankan amat baik untuk masyarakat dan agama.
Berapa cadangan telah dikemukakan oleh responden seperti perlu perbanyakan aktiviti bersedekah ini dan diharapkan dapat membuat program yang berlainan dengan lebih meriah  seperti iftar dan nasyid.
Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti yang telah dijalankan memberi kepuasan kepada semua insan sama ada yang memberi mahupun yang menerima.



5.0  PERBINCANGAN
Melalui kajian yang telah dilakukan kesemua responden yang menerima bungkusan buah kurma berpuas hati dan menerimabaik aktiviti yangkami jalankan. Hal ini membuktikan objektif yang dibuat telah berjaya dicapai.
Objektif utama yang hendak dicapai adalah untuk mendidik masyarakat mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan. Buah kurma merupakan makanan sunnah Rasulullah yang menjadi kesukaan baginda. Segala perlakuan baginda pasti mempunyai manfaat yang baik kepada kita. Seperti buah kurma yang merupakan makanan kesukaan baginda pasti mempunyai banyak khasiatnya. Oleh itu, amat dikehendaki kita mengetahui dan mengamalkan sunnah walaupun hanya dengan memakan buah kurma dalam kehidupan.
Selain mendapat ganjaran pahala jika kita mengikuti dan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan, melalui aktiviti ini kita juga dapat mendidik diri untuk meringankan tangan menghulurkan/memberikan sedekah kepada orang lain walaupun kecil nilainya.Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).
Seterusnya, hubungan silaturrahim sesama insan dapat dibentuk apabila berlaku komunikasi antara dua pihak. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, kami telah bertemu dan bertegursapa dengan pelajar-pelajar FSPU sebagai perkenalan untuk mengeratkan hubungan sesama insan. Hubungan yang terjalin sesama saudara dapat mengelakkan perpecahan ummah dan dapat menjamin keamanan negara serta menguatkan lagi agama Islam.
Kekuatan Iman dan memelihara hati amat penting ketika melakukan aktiviti seperti ini. Hal ini kerana mengikhlaskan hati apabila menghulurkan sedekah hanya kerana yang Maha Esa dapat memberikan ketenangan jiwa dan sedikit sebanyak menggugurkan dosa-dosa kecil kita. InsyaAllah. 
Namun masih banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam mengajak masyarakat untuk mengikut dan mengamalkan sunnah seperti kami perlu membesarkan ruang skop kami dan menemui lebih  ramai responden untuk mengikuti aktiviti kami. Selain itu, kami juga boleh menjalankan aktiviti yang lebih mencabar seperti melawat dan membantu masyarakat yang tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan atau memberikan makanan kepada mangsa gelandangan.

6.0  CADANGAN DAN PENUTUP
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana kamiberjaya menyiapkan projek ummah ini dalam masa yang telah ditetapkan. Ketika melakukan aktiviti ini banyak nilai dan pengajaran yang telah kami perolehi, antaranya sebagai umat Nabi Muhammad SAW kita perlu mengikut dan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan walaupun sedikit. Kita perlu mendidik diri mengamalkannya disamping dapat memartabatkan sunnah Rasulullah apabila ia berterusan sehingga ke generasi masa hadapan.
Pihak kafe perlu sentiasa menyediakan buah kurma sepanjang bulan Ramadan ini bagi mengajakpelajar-pelajar mengamalkan berbuka dengan buah kurma dahulu. Disamping itu, pelajar juga boleh mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan sedikit buah kurma ke dalam beg bagi memudahkan apabila berbuka di luar.
Semoga amalan sunnah ini dapat dikekalkan dan diamalkan dalam kehidupan kita dan semoga kita bersama meraih pahala di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
7.0  PENGALAMAN BAHARU
Selain dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat, kami juga dapat merapatkan lagi hubungan antara ahli kumpulan kami apabila melakukan aktiviti seperti ini. Setiap perbincangan dan buah fikiran yang dikongsi antara ahli kumpulan memudahkan kami untuk berinteraksi dengan baik. Selain itu, aktiviti ini juga mengajar kami cara berkomunikasi yang betul apabila bertemu dengan responden/masyarakat. Perasaan sayang dan cinta akan Rasulullah semakin kuat selepas menjalankan program ini.



LAMPIRAN


IMEJ 6 :
SEMUA AHLI KUMPULAN BERSAMA MEMBUAT PROJEK UMMAH
-SUNNAH RAMADAN-
HADAPAN KAFE FSPU


-SESI TEMUBUAL DAN PENGAGIHAN BUAH KURMA BERSAMA RESPONDEN-




-BAHAN KAJIAN-

TAJUK & MUKA HADAPAN


BAHAN KAJIAN


PAPAN YANG DITANDATANGANI OLEH RESPONDEN





BORANG SOAL SELIDIK

No comments :

Post a Comment